27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Samun Lebuh Raya Besraya: Kerugian lebih RM3 juta

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Syarikat pengedar emas yang mana pekerja mereka disamun tiga lelaki bersenjatakan parangĀ di Lebuhraya Besraya, petang kelmarinĀ mengalami kerugian barang kemas bernilai RM3 juta dan wang tunai RM67,000.

Selain itu, syarikat berkenaan turut kerugian sebanyak RM70,000 iaitu nilai kenderaan Toyota Hilux yang dibakar suspek.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, siasatan lanjut juga mendapati, kenderaan dinaiki tiga penjenayah itu adalah kenderaan klon.

Menurutnya, ini setelah polis melakukan semakan ke atas dua kenderaan itu dan pengesahan pemilik asal kenderaan.

“Setakat ini polis sudah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zairulnizam dalam pada itu berkata, keterangan daripada saksi yang merakam video kejadian merupakan seorang pemandu e-panggilan dan hanya merakamkan kejadian, sebelum menyebarkannya dalam media sosial tanpa menguhubungi polis untuk bantuan.

Beliau menegaskan, pihaknya menyeru orang awam supaya terus menghubungi polis jika melihat sebarang kejadian jenayah, supaya tindakan segera boleh diambil berbanding hanya menyebarkan di media sosial.

Advertisements

ā€œTindakan seperti itu hanya akan menyebabkan penjenayah sempat melarikan diri atau perkara lebih buruk boleh berlaku di luar jangkaan,ā€ katanya.

Tiga lelaki bersenjata parang menyamun di tengah lebuh raya semalam.

Zairulnizam menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan

Sementara itu, Polis Brickfields memohon kerjasama semua pihak terutama oranga awam yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah terus menghubungi talian 03 22979222.

Kelmarin, video kejadian samun berdurasi sembilan saat itu tular di laman sosial yang merakamkan dua lelaki bertopeng memegang parang sedang menarik mangsa keluar dari kenderaan.

Seorang suspek dilihat memegang sebuah beg dipercayai mengandungi wang tunai dan emas sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mangsa dan rakannya yang menaiki pacuan empat roda cedera selepas terkena cermin kenderaan itu yang dipecahkan perompak.

Mangsa dalam perjalanan dari Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi bagi urusan jual beli emas di beberapa buah kedai.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan