32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

3 bersenjatakan parang samun barang kemas di Besraya

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki bersenjatakan parang nekad merompak seorangĀ  jurujual syarikat pengedar barangan kemas dalam satu kejadian di Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mangsa dan rakannya yang menaiki pacuan empat roda cedera selepas terkena cermin kenderaan itu yang dipecahkan perompak.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi bagi urusan jual beli emas di beberapa buah kedai.

Bagaimanapun katanya, kenderaan mangsa telah ditahan oleh dua buah kereta jenis Toyota Hilux berwarna hitam dari bahagian depan dan belakang.

“Tiga lelaki yang bersenjatakan parang menghampiri kenderaan mangsa dan memecahkan cermin kenderaan itu sebelum menarik jurujual berkenaan serta rakannya keluar dari kenderaan terbabit.

ā€œSuspek kemudian telah bertindak melarikan kereta mangsa bersama wang tunai dan emas yang ada di dalam kereta tersebut,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular video di laman sosial berkaitan kes rompakan tersebut yang dilakukan di lorong paling kanan lebuh raya itu.

Advertisements
Kereta mangsa ditemui di kawasan Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar. – Foto FMT

Zairulnizam memberitahu, mangsa memaklumkan kesemua suspek berbadan besar dengan memakai baju lengan panjang dan memakai topeng ski.

“Difahamkan mangsa mempunyai urusan jual emas kepada beberapa kedai emas di Kuala Lumpur.

“Hasil maklumat awal, kereta mangsa ditemui di kawasan Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar,” katanya.

Sementara itu, Zairulnizam berkata, pihaknya Masih menyiasat  jumlah kerugian akibat kejadian samun itu.

 “Usaha memburu suspek yang terbabit dalam kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan