27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hina pasukan keselamatan: Polis siasat Mohamaddin

Mesti Baca


KOTA KINABALU – Polis Sabah akan menjalankan siasatan ke atas seorang calon Parti Warisan Sabah (Warisan) yang bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan seolah-olah menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Tanduo, Lahad Datu.

Memetik Astro Awani, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menegaskan, siasatan itu dibuat berikutan 35 laporan polis yang diterima pihaknya ekoran kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu.

“Unit siasatan Bukit Aman akan ambil alih bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 dan 505b Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan melakukan siasatan secara profesional dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya selepas melawat pusat pengundian awal di Mess Pegawai Kanan IPK Sabah, di sini, hari ini.


Mohamaddin dalam video tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu mendakwa pertempuran di Tanduo adalah sebagai ‘sandiwara’.

Selain itu, Hazani menjelaskan, pihaknya akan memanggil Mohamaddin bagi dirakam percakapan dalam waktu terdekat.

“Sebolehnya, saya cuba nak buat (rakam percakapan) selepas PRN supaya tidak ganggu proses kempen dan juga PRN itu sendiri,” katanya.

Mohamaddin yang juga bekas menteri pelancongan seni dan budaya Bagaimanapun menafikan beliau menghina pengorbanan anggota tentera dan polis dalam insiden pencerobohan di Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

“Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak menghina anggota keselamatan kita yang bertugas semasa kejadian di Tanduo seperti yang diputarbelitkan oleh pihak lawan, khususnya parti dari semenanjung.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya yang dipetik Malaysiakini.

Advertisements

Dia mendakwa video yang disebarkan itu tidak menggambarkan keseluruhan ucapannya, permainan kotor untuk memburukkan partinya Warisan dan telah diputar belit.

Terdahulu media melaporkan Mohammadin mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu “sandiwara”.

Berdasarkan video yang tular itu, beliau berucap semasa kempen baru-baru ini dengan berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan “perang” dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.

“Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU (pilihan raya umum) yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihan raya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya seperti di laporkan Astro Awani.

Dalam insiden itu, seramai 10 wira negara terkorban dalam Op Daulat semasa mempertahankan bumi Sabah daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Tragedi itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

Advertisements

Terkini

Pendapatan Aneka Jaringan mengukuh kepada RM54.2 juta

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) pakar pembinaan bawah tanah dan asas, terus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan dalam...

Lagi Artikel Berkaitan