36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Arab Saudi benarkan jemaah luar negara tunai umrah mulai 1 Nov.

Mesti Baca

RIYADH – Arab Saudi semalam membenarkan umat Islam menunaikan umrah di tanah suci Mekah secara berperingkat bermula bulan hadapan sambil melaksanakan langkah pencegahan perlu.

Lapor Arab News, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai perkembangan coronavirus dan reaksi umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah itu.

Fasa pertama umrah antaranya akan membenarkan orang awam dan ekspatriat dari dalam negara mengerjakan ibadah itu pada kapasiti 30 peratus bermula 4 Oktober ini.

Ini bersamaan 6,000 jemaah dalam sehari.

Fasa kedua menyaksikan kapasiti Masjidilharam dinaikkan sebanyak 75 peratus atau melibatkan sebanyak 15,000 jemaah umrah dan 40,000 umat Islam sehari bermula 18 Oktober.

Bagi fasa ketiga, jemaah dari luar negara akan dibenarkan mengerjakan ibadah umrah bermula 1 November pada kapasiti penuh iaitu 20,000 jemaah umrah dan 60,000 umat Islam sehari.

Selain itu, fasa keempat akan menyaksikan Masjidilharam kembali seperti sediakala khasnya selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Kemasukan jemaah umrah, umat Islam dan pelawat akan diselaras menerusi aplikasi dipanggil I’tamarna.

Aplikasi itu akan dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah bertujuan menguatkuasakan standard kesihatan dan memudahkan jemaah menempah perjalanan mereka.

Kementerian Dalam Negeri juga menggesa orang ramai yang menziarah tanah suci supaya mematuhi langkah pencegahan, memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal dan mengelak daripada bersentuhan.

Kementerian itu menambah, Arab Saudi mahu membolehkan jemaah dari dalam dan luar negara mampu mengerjakan ibadah dalam cara selamat dan sihat sambil melindungi mereka daripada ancaman pandemik. – AGENSI

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan