26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRN Sabah: Kemunculan ‘White Rangers’ curi perhatian

Mesti Baca


KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini dimeriahkan dengan kemunculan seorang individu berpakaian kostum White Rangers, watak dalam siri television super hero, Power Rangers.


Memetik Astro Awani, kehadiran ‘White Rangers’ itu mengejutkan pemilih berdaftar yang membuang undi mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Penampang.

‘White Rangers’ melaksanakan tanggungjawabnya mengundi. Foto – FACEBOOK

Dalam beberapa keping gambar yang tular, ‘White Rangers’itu dirakam hadir ke pusat mengundi lengkap dengan memakai sut dan aksesori seperti replika pedang.

Bagaimanapun, buat masa ini, identiti sebenar ‘White Rangers’ masih kekal rahsia.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan,  tiga jam sebelum proses pengundian berakhir, sebanyak 54% pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat pukul 2 petang.

Jumlah itu meningkat berbanding 48% pada 1 tengah hari.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75% pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan