32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Pasukan bola sepak dibelasah 37-0 amal penjarakan fizikal

Mesti Baca

BERLIN – Sebuah pasukan bola sepak Jerman ‘malu besar’ apabila dibelasah musuh tradisi mereka 37-0 selepas hanya membariskan tujuh orang pemain yang memilih melakukan penjarakan fizikal sepanjang perlawanan berlangsung.

Memetik BBC, Ripdorf hanya membariskan jumlah pemain seminimum mungkin setelah lawannya, SV Holdenstedt II dilapor menentang pasukan yang mana pemain mereka disahkan positif Covid-19.

Walaupun pemain SV Holdenstedt disahkan negatif, namun Ripdorf mendakwa adalah tidak selamat untuk bermain.

Jika Ripdorf enggan bermain, mereka mungkin berdepan denda sebanyak 200 Euro (RM979).

Bagaimanapun permintaan Ripdorf supaya perlawanan ditangguhkan tidak dilayan persatuan bola sepak tempatan.

Ripdorf mendakwa, adalah tidak selamat untuk meneruskan perlawanan memandangkan tempoh selamat 14 hari belum lagi sampai setelah pasukan lawan mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19.

Bagaimanapun, Holdenstedt II tidak menyenaraikan pemain kesebelasan utama mereka dalam perlawanan itu.

Pada permulaan perlawanan, seorang pemain Ripdorf dirakam menghantar bola kepada pemain lawan sebelum pasukan itu bertindak berjalan ke tepi padang.

Pengerusi bersama Ripdorf, Patrick Ristow berkata, pemain Holdenstedt tidak faham dan kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.

“Mereka mengelak pertembungan langsung dan memastikan jarak fizikal dua meter dengan pemain Holdenstedt,” katanya.

Bagaimanapun pemain Holdenstedt tidak peduli dengan langkah diambil pemain Ripdorf apabila menjaringkan gol selang dua atau tiga minit.

“Tiada sebab untuk tidak bermain perlawanan ini,” kata jurulatih Holdenstedt, Florian Schierwater. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan – PM

SUSULAN pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

Lagi Artikel Berkaitan