34 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 25, 2024

Sebabkan pemberi maklumat dipecat, lelaki mengaku tak salah

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Seorang timbalan pengarah sebuah syarikat dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana didakwa menyebabkan pekerja yang melaporkan salah lakunya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipecat.

Tertuduh, Wafiy Abd Aziz, 35, didakwa di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

Memetik Astro Awani, lelaki itu juga adalah individu pertama didakwa mengikut akta tersebut sejak ia mula berkuat kuasa pada 2010.


Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad.


Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengambil tindakan memudaratkan terhadap kakitangan syarikatnya berusia 63 tahun dengan cara mengapi-apikan pengerusi syarikat supaya menandatangani dokumen ‘Termination of Employment’ terhadap pemberi maklumat itu.

Advertisements


Ia adalah sebagai tindakan balas terhadap pendedahan kakitangan itu berkaitan salah lakunya yang dilaporkan kepada SPRM.


Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali dan tertuduh diwakili peguam, Siti Sarah Khalid dan Muhammad Amirrul Jamaluddin.


Mohd Afif dalam penghujahannya meminta hakim mengenakan ikat jamin RM30,000 dan beberapa syarat tambahan termasuk melaporkan diri sebulan sekali ke pejabat SPRM terdekat terhadap tertuduh.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan dia dilarang mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Advertisements

Terkini

Bot nelayan cuba seludup 42 warga Indonesia ‘kosong’ ditahan

SEBUAH bot nelayan asing cuba menyeludup keluar 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan