33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Apakah parti Muda tiru Muda!?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Baru 24 jam didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti baharu bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sudah mencetuskan kontroversi.

Ini selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muda! mendakwa Syed Saddiq meniru identitinya dengan menggunakan singkatan dan logo yang hampir sama.

Ironinya, NGO yang berpangkalan di Johor itu sudah didaftarkan dengan ROS pada 2018.

Walaupun menggunakan singkatan sama, NGO itu menambah tanda seru pada singkatan nama mereka.

Persoalan mula timbul adakah ahli Parlimen Muar itu membuat kajian atau semakan di mana-mana enjin carian internet mahu pun bertanyakan dengan ROS mengenai singkatan mahu pun logo yang digunakan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu.

Perkara ini tidak seharusnya terjadi apatah lagi ia melibatkan seorang ahli politik yang boleh dianggap berpengalaman selepas menerajui sayap belia Parti Pertubuhan Bersatu Malaysia, Armada selama beberapa tahun.

Apakah Syed Saddiq tergesa-gesa dalam mendaftarkan parti baharunya selepas mentornya menubuhkan Pejuang?

Atau mungkin Syed Saddiq ketandusan idea dalam menamakan parti baharunya itu.

“Kalau Syed Saddiq buat parti politik, patut ada idea baharulah. Sebab masa dia dalam Bersatu dulu pun, dia tak guna (istilah) sayap pemuda, dia guna sayap Armada.

“Jadi, bila dia dapat idea parti baharu dan logo yang mirip dengan kita, saya rasa dia ketandusan idea,” kata Onn.

Setakat ini, Syed Saddiq belum mengulas mengenai kontroversi terbaharu berkenaan.

Syed Saddiq mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia yang menghimpunkan pemimpin penaja pelbagai latar, termasuk golongan profesional, usahawan, aktivis dan ahli akademik.

Menurut beliau, parti baharu itu tidak mempunyai had usia dan bangsa, sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

SYED SADDIQ semasa mendaftarkan parti baharunya di Putrajaya, semalam. foto BERNAMA

Ia akan dipimpin oleh anak muda dan memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian masalah negara sedia ada.

“Muda akan dikepalai oleh anak muda daripada segenap lapisan masyarakat… ada ketua pegawai eksekutif, guru, doktor, pemimpin masyarakat sivil dan petani muda yang berjaya dalam industri.

“Parti ini tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur. Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting,” katanya.

Kewujudan parti Muda Malaysia memungkinkan ia parti kedua selepas Pejuang menjadi serpihan daripada parti Bersatu yang diasaskan oleh Dr.Mahathir selepas beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada penghujung Februari lalu.

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan