26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Tindakan SPRM lancar portal bahasa Mandarin dikecam netizen

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal rasmi berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina dikecam netizen, hari ini.

Sejak kenyataan media pelancaran portal itu disiarkan lima jam lalu, lebih 1,600 komen dan lebih 600 emoji marah terpapar pada hantaran Facebook SPRM itu.

Ibnu Mohamed Al-Jauhari menulis: “Tolong lah SPRM, orang nak memartabatkan Bahasa Melayu la… Bukan sahaja menggalakkan lagi bangsa lain untuk tidak menggunakan dan memahami bahasa Melayu, malah menyanggah agenda negara yang ingin memartabatkan bahasa Melayu. Apa benda ni.

“Saya minta SPRM tarik balik kenyataan dan agenda menyimpang ini,” tegasnya.

Seorang lagi pengguna bernama Ming Joo berkata, dia meminta SPRM tidak cuba memalukan Malaysia dengan tindakan itu.

Kenyataan media SPRM mengenai pelancaran portal berbahasa Mandarin, hari ini.

“Sejak bila bahasa Cina boleh digunakan untuk memudahkan apa-apa urusan.  Guna dua bahasa Melayu dan Inggeris sahaja, jangan nak menurut sangat dan sebagainya,” tulisnya.

Seorang pengguna, Farid Akmal Mohd Yusof dalam nada sindiran menulis: “Memalukan je SPRM ni.

Advertisements

“Ingat ni mesin ATM ke boleh pilih-pilih bahasa. Lepas ni tukar la nama jadi SPRM jenis kebangsaan (C),” tulisnya.

Tidak kurang pula pengguna dari kaum lain yang meminta SPRM turut membuat perkara serupa dalam bahasa Tamil.

“Pihak SPRM juga harus  melancarkan portal bahasa Tamil untuk memudahkan masyarakat India untuk mudah mengenali pengetahuan tentang SPRM. Pihak SPRM harus mempertimbangkan permintaan ini,” tulis Mavitthran Krishnan.

Menurut SPRM, pelancaran portal dalam bahasa Mandarin itu adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina untuk mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.

Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan