28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Husam beri isyarat keruntuhan Tun Mahathir

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penolakan sepenuhnya ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad oleh bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa adalah isyarat keruntuhan bekas Perdana Menteri itu dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang diasaskannya.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, bekas pemimpin kanan PAN yang menyanjungi Dr Mahathir itu menyebut bahawa kedudukan bekas pemimpin nombor satu negara itu di mata sebahagian besar rakyat kini sudah teruk, merudum malah kehilangan kepercayaan memberikan impak yang besar.

“Ironinya Tun Dr Mahathir kini ditolak secara sepenuhnya oleh pemimpin politik yang mula-mula sekali mencadangkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri PH (Pakatan Harapan), maka penolakan ini adalah satu penolakan muktamad yang pastinya akan meruntuhkan kedudukan beliau dan PEJUANG,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Husam adalah satu-satunya pemimpin komponen PH yang mencadangkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri parti pembangkang itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Malah beliau adalah bertanggungjawab membuat ‘kerja-kerja’ mengangkat imej Dr Mahathir dengan mengatur porgram termasuk majlis dialog dengan cendekiawan Melayu di atas tajuk ‘Hala Tuju Politik Melayu’ di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 25 Julai 2017.

Advertisements

Berikutan cadangan itu, beliau dikritik oleh banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin sekutunya dalam kalangan pembangkang.

Semalam, Husam menegaskan populariti Dr Mahathir kini merudum dan akan menjejaskan peluang PH untuk menang pilihan raya akan datang selain PEJUANG yang diasaskan bekas Pengerusi BERSATU itu tidak sewajarnya bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili BERSATU.

Kamarul Yusoff yang juga Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, Husam adalah pemimpin yang memiliki pandangan terkehadapan dan suka berterus-terang.

Katanya, pemimpin dari Kelantan itu seorang yang suka berterus-terang dan praktikal serta amat menghormati Dr Mahathir tetapi beliau bertegas bahawa rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang mewarisi era baharu.

“Sikap beliau itu, kadang-kadang memberikan beliau masalah ini, bukan sahaja berlaku di peringkat negeri malah di peringkat pusat juga dengan beberapa tindakan beliau yang mendahului pemimpin politik lain,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan