26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Mahkamah tolak permohonan batal warta LTTE sebagai pengganas

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan seorang pemandu teksi untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan  Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas.

Memetik Malaysiakini, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan terhadap permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh V Balamurugan semasa prosiding pagi ini.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan semakan kehakiman berkenaan, yang menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Keputusan hari ini disahkan oleh peguam yang mewakili Balamurugan, Omar Kutty.

“Semakan kehakiman ditolak, tanpa perintah kos.

“Hakim (Mariana) memutuskan bahawa telah berlaku penundaan dalam permohonan semakan kehakiman kerana permohonan semacam itu seharusnya dilakukan dalam waktu tiga bulan daripada pewartaan (di mana LTTE didaftarkan sebagai kumpulan pengganas) pada tahun 2014,” kata Omar.

Pada 8 Januari lepas, Balamurugan, 38, memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman bahawa butiran mengenai LTTE dalam warta itu sebagai batal dan tidak sah, dan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas sebagai tidak sah.

Omar berkata Mariana juga memutuskan bahawa Balamurugan telah dilepas dan dibebaskan dalam kes mahkamah berkaitan LTTE, dan oleh itu pemohon tidak lagi memiliki locus standi untuk meneruskan semakan kehakiman.

Menurut undang-undang, locus standi merujuk kepada hak atau kemampuan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Mengenai sama ada rayuan akan dibuat atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, Omar berkata, mereka akan terlebih dahulu meneliti alasan penuh keputusan itu sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambali mewakili kedua-dua responden hari ini.

Balamurugan adalah antara 12 individu yang ditahan pada tahun lalu dan didakwa atas tuduhan menyokong LTTE.

Bagaimanapun pada 21 Feb tahun ini, Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan tuduhan terhadap 12 individu tersebut.

Setelah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan berkaitan LTTE, Balamurugan meneruskan tindakan undang-undang untuk mengeluarkan LTTE daripada senarai kumpulan militan.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan