25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Syed Saddiq sah tubuh parti ‘Muda Malaysia’, Dr. M pasti kecewa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas membuat keputusan muktamad tidak menyertai Parti Perjuang yang ditubuhkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi meneruskan perjuangan politiknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendaftar parti baru, Ikatan Demokratik Malaysia ( Muda Malaysia) hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Muar tersebut dalam wawancara dengan stesen radio BMF hari ini dengan menegaskan, ‘Muda Malaysia’ akan menjadi parti politik pertama diterajui golongan belia.

“Ia parti pertama diterajui belia, berbilang kaum dan agama untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia – tua dan muda, Melayu, Cina India, Iban, Kadazan,” kata beliau sambil berharap tiada halangan oleh mana-mana pihak ketika proses pendaftaran di Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

Syed Saddiq selepas menyerahkan borang pendaftaran parti itu berkata, Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur.

”Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting,” katanya.

Keputusan Syed Saddiq itu sudah tentulah mengecewakan idolanya, Dr.Mahathir yang sebelum ini menyifatkan cadangan bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut akan memecahkan lagi sokongan pengundi terutamanya dalam kalangan orang Melayu.

Seperti dilaporkan portal Malaysiakini pada 12 September lalu, bekas Perdana Menteri itu berkata;

“Saya kata dengan dia, kalau kita ada banyak parti, kita lawan sama kita, nanti kita kalah. Orang lain nanti menang, jangan pecahkan undi Melayu, itu saja.

”Kalau awak ambil orang muda, orang tua tinggal sini (Pejuang) siapa nak sokongan parti baru ini? Habislah jadinya bila banyak parti.”

Baca juga:   Sultan Sulu sakitkan hati rakyat Sabah, Malaysia - Najib

Dalam reaksinya terhadap kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu, Syed Saddiq yang ketika dalam Bersatu pernah mengingatkan sesiapa mahu menjatuhkan Dr.Mahathir perlu melangkah mayat beliau terlebih dahulu berkata:

Baca juga:   Al-Fatihah, bayi empat bulan meninggal dunia akibat Covid-19

“Saya bukan di sini (dalam politik) untuk hanya menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.’’

Kata Syed Saddiq lagi, “saya sangat menghormati (Dr. Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah kekuatan kita. Sementara dia bercakap mengenai memecahkan undi orang Melayu, kita (sebaliknya) harus menyatukan semua rakyat Malaysia.”

Sebelum itu pada 3 September lalu, bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz turut membidas rancangan Syed Saddiq kerana beranggapan tiada keperluan untuk membahagikan golongan tua dan muda dalam politik.

“Saya tidak menerima idea itu. Jangan berpecah belah dalam politik. Sama ada Melayu, India atau Cina. Kristian, Buddha, Muslim atau Hindu. Anda tahu bagaimana kita berpecah. Sekarang nak pecahkan antara orang tua dengan orang muda pula? Tidakkan kita sedia berpecah di negara ini? Tidak ada sesiapakah yang bahawa kita semua rakyat Malaysia,” kata Rafidah.

Kewujudan parti Muda Malaysia memungkinkan ia parti kedua selepas Pejuang menjadi serpihan daripada parti Bersatu yang diasaskan oleh Dr.Mahathir selepas beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada penghujung Februari lalu.

Baca juga:   Nak buat usul tak percaya ke atas Muhyiddin, lepas tu siapa PM?

Dr. Mahathir kemudiannya bertindak menjadi Ahli Parlimen Bebas bersama lima lagi Ahli Parlimen Bersatu, bagaimanapun apabila bekas Perdana Menteri itu menubuhkan Pejuang, Syed Saddiq mengambil keputusan tidak menyertai pemimpin yang beliau cukup rapat ketika dalam Bersatu.

Malah ramai penyokong Dr. Mahathir dikatakan kecewa dengan tindakan Syed Saddiq kerana tidak mendengar nasihat tokoh politik veteran berusia 95 tahun itu memandangkan ketika dalam Bersatu, Syed Saddiq didakwa ‘ditatang bagaikan minyak penuh’.

Dr. Mahathir bertanggungjawab membawa Syed Saddiq masuk ke dalam Kabinet sehingga membolehkan beliau mencatatkan sebagai indvidu termuda dalam sejarah dilantik sebagai Menteri, apabila dipilih menduduki jawatan tersebut pada usia 25 tahun selepas PRU-14 lalu.

Baca juga:   Beri peluang calon muda berkhidmat di Cheras – Mike

Bagaimanapun ada juga pihak berpendapat, Dr. Mahathir tidak harus berasa kecewa dengan tindakan Syed Saddiq kerana Ahli Parlimen Muar itu ‘dilihat hanya mencontohi’ idolanya menubuhkan parti baru bagi meneruskan perjuangan politik.

Lagipun Dr. Mahathir sudah tidak ada apa-apa lagi kuasa yang boleh menghalang hasrat, Syed Saddiq berbuat demikian.

Tambahan pula, sebelum menubuhkan Pejuang, Dr.Mahathir juga dikaitkan punca orang Melayu berpecah dengan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 dan PKR akibat krisis dalam UMNO ketika beliau menjadi Presiden.

Dan Pejuang adalah parti kedua selepas Bersatu yang diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri tersebut.

Sama ada parti Syed Saddiq akan berjaya atau tidak, biarlah masa menentukannya. Apa yang pasti Dr.Mahathir tentu kecewa tetapi itulah politik. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Stor sisa pukal blok utara MOF terbakar

STOR sisa pukal dan penyelenggaraan di blok utara, Level G Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya dilaporkan terbakar, petang tadi. Jurucakap...

Lagi Artikel Berkaitan