25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ketua Menteri Sabah belum diputuskan, TYT minta tempoh

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Siapa yang bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu belum diputuskan apabila Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk menentukannya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin bagaimanapun percaya keputusan itu dijangka dicapai dalam masa terdekat.

“Beliau (Juhar) minta tempoh, dalam masa secepat mungkin,” katanya selepas keluar dari perkarangan Istana Negeri hari ini seperti dilapor FMT.

Sebelum itu, tiga pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam bertemu Juhar bagi menentukan Ketua Menteri yang baharu.

Mereka ialah Bung Moktar, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan keluar dari perkarangan istana pukul 3.20 petang.

Advertisements

Sementara itu, Hajiji turut berkata, keputusan melantik Ketua Menteri akan diputuskan oleh Juhar.

“TYT (Tuan Yang Terutama) akan putuskan,” katanya ringkas.

Isu calon Ketua Menteri Sabah menjadi ‘panas‘ apabila BN dan PN masing-maing mahukan wakil mereka mengetuai pentadbiran negeri berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Dalam PRN Sabah semalam, BN menang 14 kerusi yang kesemuanya daripada calon UMNO sementara PN memperoleh 17 kerusi.

Mereka menewaskan Warisan yang memperoleh 32 kerusi iaitu 29 kerusi menerusi Warisan dan DAP, PKR (2) dan UPKO (1).

Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyokong kerajaan PN memenangi tujuh kerusi sementara tiga lagi disapu oleh calon Bebas.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan