24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Annuar terkejut Jalan Raja Laut diganti Jalan Palestin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa terkejut nama Jalan Raja Laut 1 dipilih untuk digantikan dengan nama Jalan Palestin.

Annuar dalam ciapannya di twitter berkata, beliau tiada halangan untuk menamakan jalan di sini dengan nama tersebut sebagai sokongan terhadap perjuangan pembebasan Al-Quds.

“Namun saya mahu penjelasan kenapa pilih tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur.

“Kenapa tak tukar nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Cochrane dan lain-lain,” katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, cadangan mewujudkan nama Palestin di sini tercetus semasa Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan pada Mei tahun lalu.

Dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan telah memohon kepada pihak DBKL untuk menamakan sebatang jalan di sini sebagai Jalan Palestine.

Advertisements

Menteri Wilayah Persekutuan semasa itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

DBKL berkata, proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa yang agak lama kerana perlua dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur yang ditetapkan sepertimana penamaan jalan-jalan lain.

Mengikut penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia, Harith Faruqi Sidek, Raja Laut yang lahir pada 1850 dan meninggal dunia pada 1915 merupakan putera kedua Sultan Muhammad dan mendapat gelaran Raja Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan Lukut.

Raja Laut (lingkaran) antara pembesar Melayu yang memajukan Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. – Sumber: harithsidek.blogspot.com

Raja Laut merupakan pengasas Kuala Lumpur Sanitary Board dan bertanggungjawab menubuhkan sekolah melayu pertama di Kuala Lumpur.

Beliau menjadi Raja Muda Selangor selepas Raja Sulaiman dinobatkan sebagai Sultan Selangor pada 1898.

Raja Laut bersama isteri, Raja Daing Chahaya dan anakanda mereka, Raja Alang dikatakan tinggal di kawasan Batu Road sehingga meninggal dunia pada 1915. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan