26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Kelar leher ibu bapa hasrat merantau tidak direstui

Mesti Baca


JAKARTA – Gara-gara orang tua tidak  membenarkannya bekerja di luar daerah, seorang lelaki dari mukim Mojoanyar daerah Mojokerto, Jawa Timur tergamak mengelar leher ibu bapanya dalam satu kejadian dekat sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki berusia 27 tahun dari  Desa Jumeneng itu Sabtu lalu berjaya dihalang penduduk kampung.

Tribunnews.com melaporkan, Adi Murdiyanto sudah ditangkap polis selepas dipercayai berniat membunuh kedua orang tuanya, Yasin, 70, dan Muripah, 65, dengan sebilah pisau.

Kedua-dua ibu bapanya kini dilaporkan kritikal dan masih dirawat di sebuah hospital.

Jurucakap polis Mojokerto, Asisten Komisioner Rifaldhy berkata, Adi dipercayai berbuat demikian  lantaran kesal tidak dibenarkan bekerja di luar daerah.


Menurutnya, mujur kejadian itu diketahui penduduk kampung yang kebetulan sedang menguruskan pengkebumian seorang warga.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika ibu bapa Adi sudah masuk tidur.

“Suspek dipercayai merancang membunuh ibu bapanya dengan sebilah pisau namun mangsa sempat melawan sehingga terjadi kekecohan.

“Kekecohan itu kemudiannya didengari penduduk kampung yang kemudiannya berbondong-bondong datang ingin melihat kejadian tersebut.

“Melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah dengan luka dileher, penduduk lantas menangkap suspek dan membuang pisau yang digunakannya,” jelas Rifaldhy.

Baca juga:   Perkeso gantung bayaran Program PenjanaKerjaya RM423 juta

Rifaldhy berkata, hasil siasatan, Adi nekad menganiaya kedua orang tuanya kerana berang dilarang bekerja di kilang  kayu di daerah Sidoarjo.

Selama ini, Adi memang diketahui sebagai anak yang manja dan banyak bergantung pada kedua orang tuanya.

Baca juga:   KPT bantu mudah cara bawa pulang Nur Nabilah

Selama ini, pelaku bekerja sebagai tukang bubur yang berkeliling kampung.

Pelaku naik angin berikutan kedua orangvtuanya tetap berkeras melarangnya bekerja di luar kota.

Semasa diperiksa, Adi dalam keadaan baik bahkan suspek lancar menjawab dan menyadari apa yang dilakukannya. – AGENSI

Wartawan

Terkini

20 terbunuh, bas bawa jemaah umrah terbakar

SEBUAH bas yang membawa jemaah umrah terbakar selepas melanggar jambatan ketika menuju ke bandar suci Makkah. Insiden di wilayah Selatan...

Lagi Artikel Berkaitan