29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Keli Boy’ ikat kontrak enam bulan dengan Tero FC

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pemain naturalisasi pertama negara,  Mohamadou Sumareh mendedahkan dia akan bermain dengan kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC selama enam bulan.

Pemain berusia 26 tahun yang sebelum ini dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dan Selangor itu menjelaskan, dia hanya menandatangani kontrak untuk jangka pendek selama enam bulan untuk bermain separuh musim.

“Saya gembira kerana ini kali pertama saya bermain di luar Malaysia, dalam liga yang berbeza, jadi saya teruja untuk melihat apa yang akan menanti saya.

“Tetapi kita tidak tahu, tiada siapa yang tahu. Jika segala-galanya berjalan baik, mungkin saya akan kekal di sana,” katanya yang dipetik Astro Awani.


Sumareh atau lebih mesra dipanggil ‘Keli Boy’ berkata, buat masa ini dia hanya merancang berada di Thailand selama enam bulan sahaja namun tidak dapat meramal masa depannya bersama kelab itu.

“Jika segala-galanya baik, saya mungkin akan berada di sana hingga penghujung musim.

“Saya tidak boleh duduk sahaja dan menantikan sehingga musim depan, kemudian bermula sebagai seorang pemain yang ketinggalan.


Sumareh berkata, dengan perpindahan ke Liga Thailand sedang terbuka ketika ini, dia mahu mengambil peluang itu untuk ke sana dan kekal cergas supaya apabila kembali ke Malaysia, pemain itu hanya perlu meneruskannya dengan pasukan yang dia sendiri belum tahu.

“Oleh kerana itu saya menyertai Liga Thailand,” katanya.

Pengesahan itu memberi bayangan bahawa pemain kelahiran Gambia berkenaan akan kembali ke kancah Liga Malaysia musim depan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tujunya selepas dikaitkan dengan dua pasukan gergasi tanah air JDT dan Selangor.

Mengulas mengenai spekulasi itu, Sumareh menambah: “Buat masa ini, saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.

“Fokus saya ketika ini adalah sedang teruja untuk ke Liga Thailand. Saya mahu memulakan perjalanan baru, jadi tidak ada apa untuk saya katakan ketika ini,” katanya lagi.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan