30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Kedaulatan Sabah: Shafie perlu tegas, jangan ‘beri muka’

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu lebih tegas dan bukannya memberi muka kepada pihak luar yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan,  pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah.

HISHAMUDDIN HUSSEIN


Beliau menjelaskan, perlu difahami, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan.


“Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut. Jadi, tiada sebab mengapa kita perlu berunding dengan mereka. 


“Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas. Atau sebenarnya memang Shafie anggap tuntutan Filipina berasas?,”kata Hishamuddin di Facebook hari ini.

Hishamuddin berkata, beliau sebelum ini telag menegaskan berulang kali bahawa, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya. 


“Sebab itu, saya kecewa apabila Presiden Warisan, Shafie Apdal baru-baru ini mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding dengan Kerajaan Filipina,” katanya.


Hishamuddin mengulas mengenai kenyataan Shafie yang mahu tuntutan Filipina ke atas Sabah harus dipadam menerusi rundingan kerajaan dengan kerajaan di antara Malaysia dan Filipina.

Baca juga:   Ivermectin boleh sebabkan ruam teruk, rosak hati - KKM

Menurut Shafie, selagi tiada kata putus membabitkan kedua-dua negara, selagi itu Filipina menimbulkan provokasi.

Beliau menegaskan Filipina perlu diberi kefahaman jelas bahawa tidak timbul lagi isu tuntutan ke atas Sabah kerana kedudukan Sabah dalam Malaysia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Baca juga:   Hampir 8.5 juta orang terima dos kedua vaksin - JKJAV

“Kita mahu kerajaan Persekutuan berunding secara ‘goverment to government’ dan beri penjelasan kepada Filipina bahawa referendum Suruhanjaya Cobbold pada 1963 menunjukkan rakyat Sabah memilih Malaysia.

“Jadi tidak timbul lagi tuntutan terhadap Sabah. Isu itu harus dipadam sama sekali,” katanya baru-baru ini.

Terkini

Temui Muzium 3D Kertih di Jambatan Angkat Terengganu

MUZIUM 3D Kertih, galeri seni dan ilusi 3D pertama di Terengganu akan mengadakan pameran khas di Jambatan Angkat Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan