24.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Ikan bertuah mati, seluruh Zambia berduka cita

Mesti Baca

LUSAKA – Walaupun hanya sekadar seekor ikan, namun kematiannya secara tiba-tiba telah mencetuskan ratapan seluruh negara termasuk Presiden Zambia, Edgar Lungu sendiri turut sedih dan berdukacita.

Malah, ramai penuntut Universiti Copperbelt, institusi pengajian tinggi awam kedua terbesar di negara itu dan terletak 222 kilometer dari ibu kota, Lusaka, juga meratapi kematian ikan jenis air tawar ini.

Menurut laporan media tempatan, hampir 15,000 pelajar di situ sanggup hadir menyalakan lilin dan berbaris panjang di sekitar kampus yang berusia 33 tahun itu di Kitwe sebagai tanda perkabungan.

Bahkan tanda pagar Mafishi yang merujuk nama haiwan itu dan bermaksud ikan besar dalam bahasa setempat Bemba, menjadi topik perbincangan hangat para pengguna media sosial Twitter di Zambia.

Apa tidaknya selama dua dekad tinggal di kolam universiti itu, ramai penuntut percaya bahawa ikan berusia 22 tahun ini banyak membawa tuah kepada nasib mereka terutamanya semasa musim peperiksaan.

Keyakinan agak berlebihan itu mengakibatkan sebilangan besar bersusah-payah datang lihat ikan berkenaan seperti memberi penghormatan kepada haiwan akuatik ini sebelum pergi menduduki ujian penting.

Advertisements

Seorang pemimpin mahasiswa di universiti tersebut, Lawrence Kasonde berkata, “Kematian Mafishi masih disiasat dan ikan itu kami belum kuburkan lagi kerana pihak kami berhasrat mengawetnya.”

Bagaimanapun ujarnya, kebanyakan penuntut pula menyifatkan Mafishi sebagai bahan untuk meredakan tekanan dengan terhibur melihat aksi renangnya selepas penat mereka mengikuti pengajian sepanjang hari.

Pemimpin Zambia, Lungu, 63, yang turut berduka atas kematian ikan itu, memetik madah negarawan India, Mahatma Gandhi, dalam catatan belasungkawa menerusi akaun sosial Facebook rasminya.

“Kebesaran sesuatu bangsa dan tahap kemajuan moralnya dapat dinilai hasil daripada cara mereka memperlakukan haiwan,” katanya sebelum beliau menambah: “Kami semua akan merindukanmu.”

Dalam pada itu, tokoh pembangkang Zambia, Hakainde Hichilema pun sedih dan berkata, “Kami ikut duka bersama komuniti siswa universiti ini atas kematian haiwan ikonik peliharaan mereka, Mafishi.”

Pelik pula rasanya bila kematian Mafishi, si ikan besar itu menyebabkan rakyat Zambia bersedih. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan