25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Hampir seminggu koma, Sandra Dianne meninggal dunia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Setelah beberapa hari tidak sedarkan diri berikutan kemalangan jalan raya dialaminya Sabtu lalu, penyanyi Sandra Dianne dilapor meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi ini.

Pemergian Sandra yang popular dengan lagu ‘Hey! Kau’ itu dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira pukul 1.20 pagi.

“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).

“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana… Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

Sandra, 26, terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Elite ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kelmarin, ibu Sandra,  Norsyakinah merayu kepada orang ramai yang berada di tempat kejadian agar memulangkan telefon bimbit anaknya, Samsung S20 Ultra yang selalu digunakan untuk urusan kerja.

Dia turut memohon jasa baik orang ramai supaya berhenti menyebarkan foto kemalangan yang melibatkan anaknya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan