28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri, Bung Moktar antara timbalannya

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah pada pukul 10.32 pagi, hari ini.

Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Bung Moktar dan Jeffrey Kitingan antara Timbalan Ketua Menteri Sabah yang mengangkat sumpah di Istana Negeri, Kota Kinabalu. Foto ASTRO AWANI

Turut mengangkat sumpah adalah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Selain itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Dua serta jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Tiga dipegang Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam selain dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.


Upacara angkat sumpah berkenaan turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).


Turut hadir pada majlis istiadat angkat sumpah tersebut ialah pegawai tinggi kerajaan negeri.

Advertisements


Istiadat angkat sumpah tersebut sekali gus menamatkan isu pelantikan Ketua Menteri Sabah yang berlarutan selama dua hari.
Hajiji menerima watikah daripada Juhar bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.


Semalam, watikah tersebut diserahkan beberapa jam selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun dipilih memegang jawatan Menteri Kerja Raya Sabah dalam Kabinet negeri manakala Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Terdahulu, rombongan membawa Hajiji tiba di pintu utama Istana Negeri pada 10 pagi.

Hajiji mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam sebulat suara menamakannya sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, Sabtu lalu.

Ini selepas rakan sekutu GRS iaitu PN memenangi 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS tujuh kerusi.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan