27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Premis dikunjungi pesakit Covid-19 selamat dilawati asalkan dinyahkuman

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan maklumat yang mengatakan adalah tidak selamat mengunjungi premis dikunjungi individu positif Covid-19.  


Dalam satu kenyataan, KKM menjelaskan, lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan proses disinfeksi dan nyahkuman.

“Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi SOP (Standard Operasi Prosedur). 

“Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma, dapatkan maklumat betul,” tulis KKM menerusi hantaran Facebook.

Ketika ini tular mesej atau maklumat di media sosial mahu pun aplikasi WhatsApp yang menyenaraikan premis yang dikunjungi individu positif Covid-19.


Ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di Semenanjung Malaysia susulan kepulangan individu dari Sabah yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan