32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

GPS nafi sokong Anwar, minta henti politik tidak matang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan sebarang kaitan dengan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung GPS dan PBB, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata,  gabungan itu tetap memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut kenyataan penuh beliau:

ALEXANDER NANTA LINGGI

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan sebarang kaitan dengan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.  GPS masih kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.   

Parti GPS yang dianggotai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kekal berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah kerajaan Persekutuan yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara.

Tambahan pula ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara.  

Selaku Setiausaha Agung GPS dan PBB, saya ingin mengingatkan Datuk Seri Anwar agar menghentikan permainan politik tidak matang demi mencapai kepentingan dan cita-cita peribadi.  

Sebagai seorang ahli politik veteran dan berpengalaman, Datuk Seri Anwar seharusnya menghentikan sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan di dalam negara yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi.  

Kepentingan rakyat dan negara pada ketika kita sedang menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 yang telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan. 

 GPS sekali lagi menegaskan bahawa parti ini menolak sekerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggungjawab dan angkuh melemparkan tuduhan bahawa Negeri Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS.  

Negeri Sarawak, yang diterajui oleh YAB Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebagai Ketua Menteri akan terus memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Dato’ Haji Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dapat membawa banyak kebaikan kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.  

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan