24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Saya masih PM sehingga dibuktikan sebaliknya – Muhyiddin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan perlu dibuktikan melalui proses dan kaedah yang ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Presiden PKR boleh sahaja berkata sedemikian namun selagi tidak dapat dibuktikan ia hanya tinggal dakwaan semata-mata.

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanyalah dakwaan semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar pada sidang media hari ini mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, daripada ahli Parlimen pelbagai parti dan pihak pemerintah, dan boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.

Muhyiddin dalam pada itu menegaskan, sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan beliau masih Perdana Menteri yang sah.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. Insya-Allah ia akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Advertisements

Anwar hari ini mendakwa mempunyai kelebihan hampir 2/3 ahli Dewan Rakyat, dengan majoriti yang menyokong ahli Parlimen Melayu dan Islam.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, BN mempunyai 43 wakil rakyat, Bersatu (31), Pas (18), GPS (18), PBS (satu), dan STAR (satu).

Di samping itu, PH mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan (9), dan PSB (2).

Enam ahli Parlimen membentuk kumpulan penyokong Mahathir, dan seorang wakil rakyat Bebas.

Sekutu Perikatan Nasional, GPS dan Pas sudah membuat kenyataan akan tetap menyokong Muhyiddin.

Bagaimanapun UMNO difahamkan tidak mempunyai halangan jika wakil rakyatnya menyokong Anwar.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan