27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Larangan masuk Sabah: Cubaan hasut rakyat benci kerajaan PN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dakwaan Lim Guan Eng bahawa beliau  dilarang daripada memasuki Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam tadi adalah wayang bekas Menteri kewangan itu untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pintu masuk Sabah dijaga kerajaan Sabah dan bukannya kerajaan Pusat. 

NAJIB TUN RAZAK

“Kerajaan Pusat tak ada kuasa dalam hal pintu masuk antara negeri. 

“Kerajaan Sabah kini di bawah geng korang (Warisan yang merupakan parti gabungan dalam Pakatan Harapan Plus),” kata Najib di Facebook.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Guan Eng bahawa beliau dilarang masuk sementara ke Sabah atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum akhirnya dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, dakwaan Guan Eng disangkal Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, beliau terkejut apabila Setiausaha Agung DAP itu mendakwa dihalang masuk ke negeri itu.

Katanya, sejak pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum Mei 2018, negeri itu menghapuskan larangan sebelum ini yang dikenakan kepada beberapa tokoh politik untuk memasuki Sabah.

“Saya agak terkejut sebab sejak saya mengambil alih, kita tidak melarang sesiapa memasuki Sabah,” katanya.

Baca juga:   RFID perlu lebih cekap, tahan lasak, murah atau percuma - Najib

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, tiada sekatan perjalanan dalam negara ke atas Lim, yang berdepan tuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang.

Baca juga:   Najib jumpa Ismail Sabri bincang isu semasa

“Mahkamah hanya impounded pasport dia ke luar negara sahaja. Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan