24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ali Puteh dedah alamat, jemput warganet bincang isu keluarganya

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelawak Ali Puteh berkongsi gambar alamat rumah daripada MyKad miliknya di Instagram, semalam bagi menjemput warganet bersemuka dan membincangkan isu yang membelenggu keluarganya sejak kematian abang, Allahyarham Abam Bocey.

Memetik Harian Metro, Ali menjelaskan, tindakan itu dibuat bukan bertujuan mahu menunjukkan bahawa dia kuat atau hebat, sebaliknya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan membuat perbincangan.

“Saya ada menerima lebih 6,000 mesej di Instagram. Rata-rata, ada yang meminta maaf kerana keterlanjuran kata-kata mereka terhadap saya sekeluarga, manakala sekitar lima peratus lagi, menulis kecaman.

“Jadi, saya terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kalau ada yang ingin bersemuka, saya sediakan alamat supaya mereka datang. Tapi, tak ada pun yang datang,” katanya hari ini.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, berkata, dia bukan ingin menunjukkan bahawa dirinya hebat sebaliknya ingin menjelaskan situasi yang berlaku.

“Saya bukan nak tunjuk saya hebat atau kuat, tapi saya tak mahu orang cakap, saya putar belit. Jadi, biar jumpa secara bersemuka,” katanya.

Advertisements

Pada masa sama, Ali juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut di Instagram yang terus menerus memberikan sokongan kepadanya.

“Ada antara pengikut saya yang tak henti-henti menulis mesej dan memberikan kata semangat . Sedikit sebanyak, itu yang menjadi kekuatan untuk saya,” katanya.

Di Instagram, gambar alamat dari MyKad yang kongsikan Ali sejak semalam itu, menerima lebih 2,500 ‘like’ dan lebih 1,500 komen daripada warganet.

Ali sebelum ini menyaman balas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali selepas beberapa saman difailkan oleh Hidayah terhadap dia serta ibunya, Sabariah Arshad.

Minggu lalu, media melaporkan, Ali dan kakak iparnya saling berbalas saman dan isu itu mengundang pelbagai reaksi warganet.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan