24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pusat tahfiz Aaron Aziz di Langkawi dirobohkan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pusat tahfiz milik Aaron Aziz di Langkawi, Kedah telah dirobohkan, dedah pelakon itu di Instagram miliknya, semalam.

Pelakon itu turut memuat naik empat gambar yang menunjukkan premis itu telah ranap sama sekali tanpa mendedahkan punca di sebalik kejadian itu.

“Kasihan tahfiz saya di Langkawi dirobohkan… Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana.

“Asrama anak anak semua harus dibina semula. (Dirobohkan atas luar dari kawalan saya. Beyond my control untuk hentikan) tapi takpa sabar dan teruskan berjuang,” tulis Aaron lagi.

AARON AZIZ

Hantaran Aaron kemudiannya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut beliau.

Bagaimanapun, Aaron hari ini memuat naik hantaran dan video baharu menjelaskan isu berkenaan.

Advertisements

Menurutnya, dia tidak mahu orang ramai mendapat dosa sia-sia berikutan pendedahannya itu.

“Kami akan bina semula ya, tiada pihak mana-mana yang salah. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan atau politik atau apa-apa. Benda dah setel-pun (selesaipun).

“Terima kasih atas doa-doa anda dan sumbangan anda. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dunia akhirat,” jelas pelakon itu lagi.

Aaron berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada media dan pengikutnya yang mengikuti perkembangan itu.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak, benda pun dah berlaku, jika ada pihak yang perlu dipersalahkan mungkin saya lah,” katanya.

Sementara itu, pengikut Aaron mendoakan usaha Aaron membangunkan pusat tahfiz itu dipermudahkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan