34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Benarkah pengundi bukan Melayu kembali sokong BN?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh ANUAR SHAARI

TAHNIAH Barisan Nasional (BN). Pelbagai tafsiran kemenangan bergaya dengan majoriti 10,945 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Rata-rata tumpuan diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan tidak lagi relevan dalam arus perdana politik Malaysia.

Namun BN jangan leka dengan kemenangan besar ini. Mahu meraikan dengan rasa bangga, silakan. Memang patut kerana jentera telah bekerja keras dan sistematik bagi memastikan kemenangan BN.

Namun jangan sesekali kita lupa, PRK Parlimen Sungai Besar sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dahulu, BN juga menang bergaya. Majoriti BN bertambah ketika itu. Pengundi bukan Melayu telah mengundi Budiman Mohd Zohdi yang mewakili BN ketika itu.

Bertempiklah jentera BN konon pengundi bukan Melayu telah kembali kepada BN. Sebelum itu juga, PRK Parlimen Kuala Kangsar yang dimenangi Mastura Yazid menyaksikan ‘trend’ yang sama. Peratusan pengundi bukan Melayu mengundi BN telah meningkat.

Pra PRU-14, rakyat Malaysia dihidangkan dengan cerita-cerita BN kembali mendapat tempat di hati pengundi bukan Melayu dan dan pengundi muda. Namun apa terjadi selepas itu?

Pasca PRU-14 adalah episod pilu buat BN. Buat pertama kalinya BN hilang kuasa pemerintahan di peringkat Pusat. Bukan sekadar kalah, BN telah dihina sehina-hinanya.

Ada rakyat yang tidak bertamadun ‘mengepung’ Putrajaya dan lapangan terbang negara, kononnnya mahu menghalang pemimpin BN daripada melarikan diri.

bukan
BN melalui ujian yang cukup getir selepas PRU-14. – Gambar hiasan/FMT

Beberapa parti komponen BN juga telah ‘mengkhianati’ BN dengan meninggalkan gabungan kerana BN yang diterajui UMNO kononnya terlalu ‘jijik’ bagi mereka kerana bergelumang dengan perkara-perkara negatif.

Advertisements

Tidak cukup dengan itu, ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen UMNO telah melompat keluar menyertai komponen yang membentuk kerajaan pasca PRU-14.

Seharusnya perkara ini menjadi pengajaran buat UMNO dan BN. Buat rakan komponen BN dan UMNO yang kekal setia, tahniah kita ucapkan.

Buat Pas yang mendukung UMNO di saat-saat getir, alhamdulillah dan syukur dilafazkan kerana memungkinkan penyatuan Melayu-Islam buat kali pertama dalam sejarah politik negara.

Kemenangan seharusnya membuatkan kita bekerja lebih kuat untuk mengekalkannya. Kemenangan besar serta bergaya sepatutnya tidak melalaikan kita mencipta kemenangan besar PRU-15.

BN tidak memusuhi sesiapa. BN juga tidak rasis. BN terbuka menerima siapa sahaja yang ada sifat toleransi demi mengukuhkan gabungan.

Buktinya, UMNO sanggup mengukuhkan gabungan dalam Muafakat Nasional dengan Pas tanpa meninggalkan gabungan dalam BN iaitu MCA dan MIC.

Yang penting UMNO, BN, Pas dan Muafakat Nasional terus kekal bersatu. Jika ada yang mahu menyertai gabungan, telitilah dengan sedalam-dalamnya.

Politik bergerak secara dinamik, tidak statik. Gabungan ini perlu memikirkan masa hadapan, tidak lagi boleh dibuai kejayaan masa silam. Jangan kita digagalkan di masa hadapan hanya kerana dibuai mimpi indah masa silam.

Apabila kita gagal untuk merancang (masa hadapan), secara automatik kita telah merancang untuk gagal. Seharusnya kejayaan mematangkan semua pendukung BN dan MN untuk berusaha lebih kuat mengekalkan kejayaan bersama.

  • Penulis ialah seorang penganalisis politik semasa. Artikel ini dipetik dari blog beliau, Anuar Shaari Menulis.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan