31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Persenda nama anak, ibu bapa Fatimah luah rasa kecewa

Mesti Baca

LONDON – Ibu bapa kepada instafamous cilik, Fatimah Omar Mukhlis, 6 tahun, meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan pengguna laman sosial yang masih mempersendakan nama anak mereka.

Pernah membangkitkan perkara sama beberapa tahun lepas, namun masih ada pihak tidak sensitif dan menganggap perkara itu sebagai melucukan.

Tambah mengecewakan ibu bapa Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail dan Omar Mukhlis Azizan, ‘gurauan’ itu datangnya daripada mereka yang beragama Islam.

“Kami menamakannya Fatimah sempena nama puteri Nabi Muhammad S.A.W yang kita sayangi. Nama ‘Fatimah’ memberi nilai yang sangat tinggi kepada kami dan seharusnya untuk semua umat Islam.

“Amat menyedihkan kerana Allah melarang kita mempersendakan nama orang lain, namun masih ramai menganggap ini sebagai jenaka,” tulis ibu bapanya dalam satu kemaskini di Instagram @thefamily.uk.

Nor Ashila dan Omar Mukhlis selain itu meluahkan rasa terkilan dengan persepsi masyarakat yang menganggap status sebagai public figure membenarkan seseorang menjadi mangsa buli siber.


“Jika anda rasa tindakan membetulkan nama anak perempuan kami tidak cool, terpulanglah. Tetapi, maaf, dalam situasi ini, kami bukan ibu bapa yang cool.

“Tolong henti sebarkan salah anggap bahawa sebagai seorang yang dikenali, kami kena terima semuanya termasuk dibuli, seolah-olah kami tiada perasaan. Sama ada dikenali atau tidak, kami tetap manusia biasa.

“Ya, kami amat tersinggung dengan perkara ini. Cukup cukuplah,” tulis pasangan dari Thailand  dan Kelantan itu sambil menggunakan tanda pagar #namecallingisbullying.

Pasangan itu yang kini menetap di United Kingdom sebelum ini pernah memuat naik video anak mereka menegur netizen yang memanggilnya dengan nama ‘Timoh’.

“Jangan panggil Timoh…panggil Fatimah! Kalau panggil Timoh, panggil Fatimah semula!” kata Fatimah dalam video tular yang dimuat naik pada 2017 itu.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan