25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Calon KM Sabah : Pemimpin UMNO ‘tidak selesa’ cadangan Muhyiddin

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Biarpun gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sabah baru beberapa jam sahaja dibuka, namun isu siapa akan menjadi Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang sudah mula diperkatakan.

Segalanya bermula apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri negeri itu jika GRS menang PRN pada 26 September ini.

GRS menggabungkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Bagaimanapun ketika berucap di perkarangan Ibupejabat Bersatu Tuaran, hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, keputusan itu perlu dipersetujui oleh sekutu-sekutu Bersatu.

‘’Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk memimpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji. Ini juga memerlukan persetujuan daripada sekutu Bersatu,’’ kata Perdana Menteri yang sebelum itu mengiringi Hajiji ke pusat penamaan calon di Dewan Sri Sulaman.

Hajiji mempertahankan kerusi DUN Sulaman selepas memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu atas tiket Barisan Nasional. Beliau bagaimanapun meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu.

Dalam reaksi ringkasnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi melalui Twitter beliau menegaskan,’’Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu.’’

Kenyataan Pengerusi BN itu dilihat ‘isyarat’, parti tersebut tidak selesa untuk memperkatakan soal siapa calon Ketua Menteri daripada GRS sedangkan kempen baru sahaja bermula.

Berdasarkan reaksi atau ketegasan yang ditunjukkan oleh Ahmad Zahid, ia menyebabkan kenyataan atau cadangan Muhyiddin itu disimpulkan oleh sesetengah pihak, pemilihan Hajiji tidak mencapai kata sepakat daripada rakan sekutu PN.

Cadangan Muhyiddin juga dilihat turut mencetuskan perasaan tidak selesa dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO kerana mereka menganggap sepatutnya Presiden Bersatu itu menumpukan kemenangan PN di pilihan raya berkenaan.

Shahril Sufian Hamdan

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, parkara itu tidak dibincangkan berama UMNO dan BN.

Apa yang penting tegas beliau, satu perbincangan bersama perlu dilakukan bagi meleraikan isu ini.

“Antara pertimbangan untuk menjadi Ketua Menteri adalah wakil rakyat itu dari kalangan calor parti yang menang besar pada PRN nanti. Setakat ini yang dipersetujui, jawatan Ketua Menteri juga dipilih daripada kalangan ADUN Gabungan Rakyat Sabah yang menang dalam PRN,” katana dalam kenyataan kupada Astro Awani.

Shahril juga secara tegas turut memohon agar tiada mana-mana parti mendahului dan menguji persahabatan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur provokasi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Armand Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataan seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini berkata, demi kerjasama politik, cadangan Ketua Menteri Sabah wajar dibawa dalam perbincangan bagi mendapat persetujuan bersama parti-parti gabungan terlebih dahulu.

‘’Bukankah lebih baik fokuskan kemenangan parti-parti dalam PRN Sabah dahulu, baik mewakili Perikatan Nasional mahupun BN. Bagi saya, itu adalah agenda utama kita di PRN Sabah bagi menumbangkan PH,’’ katanya.

Sementara itu, Hajiji dalam reaksinya berkata, walaupun menerima cadangan Muhyiddin namun Pengerusi Bersatu Sabah itu menegaskan, perkara itu bukan keutamaan ketika ini kerana lebih penting ialah memenangi pilihan raya terlebih dahulu.

‘’Saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini (calon Ketua Menteri), tetapi kita akan berbincang dengan rakan-rakan lain daripada Barisan Nasional, PN dan PBS apabila tiba masanya nanti,’’ kata kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan