25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Amaran! Jangan guna samseng paksa pengundi pilih calon

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Sekiranya ada calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berhasrat menggunakan samseng untuk memaksa pengundi memilih mereka, lebih baik lupakan sahaja.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memberi amaran bahawa perbuatan itu adalah dilarang sama sekali.

“Calon-calon adalah ditegah sama sekali menggunakan samseng atau penjenayah untuk menakutkan atau memaksa pengundi untuk menyokong dan mengundi calon-calon tertentu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Buat apa susah-susah upah samseng, lebih baik buktikan kepada pengundi keupayaan calon untuk berkhidmat dengan cemerlang apabila dipilih kelak.

Biarlah rakyat buat pilihan dengan rela hati dan bukan kerana dipaksa oleh samseng.

Selain itu, polis turut meminta calon-calon supaya mengingatkan kepada penyokong masing-masing agar tidak melakukan vandalisme atau khianat terhadap poster dan bendera pihak lawan.

Memang kadang-kadang insiden merosakkan bahan kempen pihak lawan berlaku dalam pilihan raya.

Tidak diketahui apa pula motifnya tetapi perbuatan yang tidak bertamadun ini boleh memakan diri sekiranya calon yang menjadi mangsa vandalisme itu disukai orang ramai.

Silap-silap boleh memberi undi simpati pula kepada calon berkenaan.

Advertisements

Memandangkan PRN Sabah berlangsung dalam situasi COVID-19, sudah tentu aktiviti kempen calon-calon banyak dilakukan dalam media sosial.

Lagipun dalam zaman sekarang, media sosial merupakan platform terbaik untuk berkempen lebih-lebih lagi bagi memancing undi golongan muda.

Namun, jangan pula menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu atau memfitnah pihak lawan.

Kempen pilihan raya tidak memberi lesen kepada jentera parti untuk melanggar undang-undang berkaitan penyebaran maklumat dan penggunaan media.

“Orang ramai diminta supaya tidak menyalahgunakan multimedia untuk menimbulkan isu-isu sensitif seperti perkauman, agama dan berita palsu.

“Selain itu, tindakan provokasi serta menjatuhkan reputasi lawan hendaklah dielakkan kerana ia boleh menimbulkan kekacauan serta mengganggu ketenteraman awam,” jelas Hazani.

Harap semua pihak mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh kempen PRN Sabah yang bermula esok sehingga tengah malam 25 September.

Berkempenlah secara berhemah dan elakkan perbuatan yang melanggar peraturan pilihan raya dan undang-undang negara.

Nanti calon yang anda sokong ketawa besar sebab menang, tetapi anda pula menangis penuh penyesalan dalam lokap sebab perangai macam samseng. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan