34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Angkara ‘duit kopi’ RM50, wanita dipenjara

Mesti Baca


KUANTAN – Gara-gara cuba memberi ‘duit kopi’ sebanyak RM50 kepada seorang anggota polis, seorang wanita warga Vietnam menerima padah apabila dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini 

Tertuduh, Le Thi To Nga, 40, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Mohd Ghazali yang dipetik Harian Metro berkata, jika gagal menjelaskan denda, wanita Vietnam yang bekerja sebagai pembantu kedai makan boleh dipenjara sebulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suapan iaitu wang tunai RM50 kepada Koperal Mohd Zarul Hafiz Ahzar @ Mohd Azar daripada Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di Jalan Utama Rompin, Rompin, pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada anggota polis berkenaan untuk tidak mengeluarkan saman kerana tertuduh melakukan kesalahan menunggang motosikal dengan mengabaikan isyarat lalu lintas.

Advertisements

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, wanita itu ditahan polis di satu persimpangan di bandar Rompin, ketika menaiki motosikal jenis Modenas pada 7 September lalu.

Dia kemudiannya disaman kerana mengabaikan isyarat lalu lintas mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh diberikan amaran beberapa kali oleh Mohd Zarul Hafiz supaya menyimpan wang itu tetapi berdegil sebelum ditahan kerana cuba menawarkan wang dengan menyatakan duit kopi.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan