29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, December 11, 2023

3 pelajar cedera dirempuh kereta mangsa tembak

Mesti Baca

BANTING – Sekurang-kurangnya tiga orang pelajar cedera selepas dirempuh kereta dinaiki dua lelaki yang cedera akibat terkena tembakan dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok di sini, tengah hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, dua lelaki berkenaan dipercayai ditembak dua individu yang menaiki sebuah motosikal.

Beliau memberitahu, mangsa yang cedera terkena tembakan itu adalah seorang pengawal peribadi dan majikannya.

“Difahamkan, suspek mengekori kereta berkenaan seterusnya melepaskan tembakan dan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terkena beberapa das tembakan di dada dan beberapa bahagian badan.

“Ketika kedua-dua mangsa cuba melarikan diri melalui hadapan sekolah, kereta mereka merempuh beberapa orang pelajar sekolah dan beberapa buah kereta,” katanya dalam satu kenyataan.

KERETA mangsa tembak turut merempuh beberapa kenderaan lain. – Foto FACEBOOK

Fadzil berkata, setakat ini, tiga pelajar mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan leher dan ketiga-tiga mangsa masih dirawat di hospital untuk mengenalpasti kecederaan lanjut.

Ujarnya, dua lelaki yang cedera terkena tembakan itu juga dikejarkan ke Hospital Banting dan masih dalam rawatan kecemasan.

“Setakat ini, polis sedang mengenal pasti suspek dan motif kejadian dipercayai membabitkan pergaduhan antara dua kumpulan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Perlunya kerangka pengurusan risiko untuk IPT

Oleh DR AZLEEN ILIAS PENGURUSAN risiko dan kawalan dalaman penting adalah di dalam sektor swasta kerana sektor ini diperlukan untuk...

Lagi Artikel Berkaitan