25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Komponen PN: UMNO juga mahukan penjelasan Pas

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pas diminta memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok berbanding isu sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pergerakan UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kedua-dua parti UMNO dan Pas akan mengadakan Mesyuarat Induk Muafakat Nasional (MN) secara tertutup minggu depan.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu nanti Pas boleh menuntut penjelasan berhubung perkara itu, sebagaimana UMNO juga mahukan penjelasan parti itu yang menjadi komponen Perikatan Nasional (PN).

“Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional secara tertutup. Pimpinan (parti) boleh dapatkan penjelasan atas semangat musyawarah dan ukhuwwah.

“Sama-sama perlukan penjelasan termasuk penyertaan Pas sebagai salah satu komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional.

“Insya-Allah UMNO tidak pernah membelakangi PAS jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung peralihan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak dapat menghalang jika ada Ahli Parlimennya menyokong Anwar.

Zahid berkata demikian sebagai maklum balas berhubung dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan menggantikan PN. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan