32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Tahniah Pawi, anak ‘Dungung’ disambar kelab Portugal

Mesti Baca

IMPIAN bintang bola sepak negara, Safawi Rasid beraksi di luar negara khususnya Eropah bakal menjadi kenyataan apabila dia ‘dipinang’ sebuah kelab dari Portugal.

Anak ‘Dungung’ (Dungun, Terengganu) itu dilaporkan menerima tawaran daripada kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC untuk beraksi selama semusim di sana.

Perkara itu disahkan sendiri oleh majikannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah menerima tawaran rasmi daripada kelab berpangkalan di Algarve itu dan mereka bersedia melepaskan Safawi, musim depan.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Pengarah Sukan JDT, Marin Prest semalam.

Safawi, pemain sayap yang dianggap pakar sepakan lencong itu sebelum ini telah menarik perhatian beberapa kelab dari Eropah, sementelah dia juga tersenarai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Baca juga:   RTM nafi dapat hak siaran Liga Belgium, tayang aksi Luqman

Menurut laporan akhbar O Jogo di Porto, perjanjian itu telah dimeterai semalam hasil hubungan baik Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kelab itu tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sejauh mana Safawi mampu menyesuaikan diri dengan bola sepak Portugis dan saingan Liga Perdana.

Pengurus, Paulo Sergio, turut menunjukkan minat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sayap.

Baca juga:   Pemilik syarikat pelancongan antara 5 ditahan

Kelab itu rata-rata dibarisi pemain berasal Brazil selain diperkuat oleh dua pemain dari Jepun iaitu Shuichi Gonda dan Koki Anzai. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan