24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Gagasan Malaysia timbulkan kemarahan waris Sultan Sulu

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

MEMAHAMI TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH – BAHAGIAN 2

Oleh PROF MADYA DR NAZARUDIN ZAINUN

TARIKH penting 1704 apabila Sultan Brunei memberi wilayah Borneo Utara kepada Sultan Sulu sebagai satu ganjaran kerana memberi bantuan ketenteraan dalam perang saudara merebut tahta kesultanan Brunei.

Dahulu seluruh Sabah adalah milik Brunei dan diserahkan kepada British sedikit demi sedikit.

Selama 1.5 abad hak kepemilikan Sabah tidak pernah dipersoal.

Pada 1865 seorang warga Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses mengadakan satu perjanjian dengan Sultan Brunei.

Pada 19 September, Moses memindahkan (menjual) kesemua haknya kepada Joseph Torrey dan kawan-kawan.

Mereka mendirikan American Trading Company of Borneo dan didirikan penempatan di tepi Sungai Kimanis.

Torrey kemudian menjual haknya kepada Overbeck.

Salah satu usul untuk perbaharui perjanjian berkenaan telah ditolak oleh Sultan Brunei memandangkan mereka gagal membayar kepada Sultan.

Penolakan Sultan menyebabkan Overbeck mencari rakan kongsi dan menemui Alfred Dent.

Setelah itu Overbeck diberitahu oleh Konsul British di Labuan, William Treacher bahawa wilayah tersebut ketika itu milik Sultan Sulu.

Overbeck berjaya membuat perjanjian dengan Sultan Sulu yang ketika itu menghadapi banyak masalah termasuk serangan Sepanyol dari utara.

Dalam perjanjian pada 22 Januari 1878 itu, Overbeck & Dent disyaratkan membayar kepada Sultan Mohammad Jamalul Alam sebanyak $5,000 Malayan setiap tahun dan jumlah tersebut ditambah menjadi $5,300 pada 1903.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu termasuk Borneo Utara menyebabkan bayaran kepada waris Sultan Sulu terhenti. Sumber Wikipedia

Sejak tahun 1878 pembayaran tahunan tersebut dibuat hingga 1936 sahaja apabila Sultan Jamalul Kiram mangkat.

Bayaran pada 1936 tergantung disebabkan Syarikat Inggeris Borneo Utara mahu memastikan siapakah sebenarnya yang layak menerima wang tersebut.

Memandangkan Sultan Jamalul Kiram tidak mempunyai anak, baginda mewasiatkan hartanya di Filipina dan Borneo Utara kepada saudara-maranya.

Pada 18 Disember 1939, Hakim Besar Macaskie (Sabah) memutuskan bahawa sembilan warisnya berhak mendapat $5,300 secara tahunan.

Hakim juga menetapkan kuasa memerintah diawarisi oleh kerajaan Filipina dan inilah menyebabkan negara itu menuntut Sabah.

Advertisements

Ketika zaman Jepun, pembayaran tersebut tergendala.

Pada 1946, Syarikat Borneo Utara menyerah atau memindahkan hak dan kuasanya kepada Borneo Utara serta kepada kerajaan British.

Selanjutnya waris-waris sultan pada 25 November 1957 membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak mengakui Borneo Utara sebagai sebahagian daripada tanah jajahan Inggeris dan membatalkan lease (penyewaan) 1878 berkuatkuasa 22 Januari 1958.

Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan gagasan Malaysia di Singapura dan ini menimbulkan protes daripada waris-waris Sultan Sulu.

James Ongkili menyatakan kerajaan Sulu tidak wujud secara perlembagaan ketika itu.

Pada 1962 waris-waris Sultan Sulu mengemukakan surat kepada kerajaan Filipina tentang hasrat mereka untuk melihat wilayah Borneo Utara menjadi sebahagian daripada negara itu.

Filipina memasukkan Sabah dalam peta wilayah mereka.

Pada 12 September 1962, Sultan Mohammad Ismail Kiram dengan rasmi menyerahkann kuasa memerintah Borneo Utara kepada kerajaan Filipina.

Pada 12 Julai 1963, kerajaan British membatalkan kuasanya ke atas Borneo Utara, Sarawak dan Singapura untuk memberi laluan kepada pembentukan Malaysia.

Sebagai langkah mengelakkan perbalahan, perjumpaan antara Filipina dan Malaysia diadakan di Manila pada 31 Julai 1963.

Maka ditandatanganilah Manila Accord yg menyatakan pengesahan ketiga-tiga pihak (Republik Indonesia, Filipina dan Malaysia) tentang self determination penduduk di wilayah Borneo.

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 ekoran pengesahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang keinginan majoriti penduduk Borneo menyertai Malaysia tetapi Filipina tetap tidak menerima ketetapan PBB itu dan tetap menuntut Sabah.

Perundingan di Bangok pada 15 Julai 1968 tidak berjaya menyelesaikan masalah ini.

Pada Oktober 1968, Filipina membawa isu Sabah ke PBB oleh Narciso Ramos supaya diselesaikan oleh Mahkamah Dunia.

Hubungan Malaysia dan Filipina tegang disebabkan rundingan di Bangkok gagal.

Ketegangan tersebut semakin parah apabila Presiden Marcos menandatangani dan mengesahkan satu Congressional Bill, menyatakan Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Filipina pada 18 September 1968.

Ini membawa kepada penggantungan diplomatik Malaysia-Filipina sehingga 16 Disember 1969 apabila Persidangan Menteri-menteri ASEAN diadakan di Malaysia.

Kedua-dua negara bersetuju untuk memulihkan hubungan dan memulakan hubungan bbaik sementara tuntutan tersebut diselesaikan.

  • Penulis adalah pensyarah Universiti Sains Malaysia dan merupakan pakar sejarah Asia Tenggara. Artikel ini dipetik dari Facebook beliau.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan