24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hasrat Mohamad mahu lihat parti Melayu bersatu tercapai

Mesti Baca

SLIM RIVER –  Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menzahirkan perasaan gembira beliau apabila melihat penyatuan dua parti Melayu terbesar di negara ini sebelum beliau meninggal dunia.

Berucap pada kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Felda Besout 4 malam tadi, Mohamad menjelaskan, adalah menjadi hasrat beliau untuk melihat penyatuan itu yang membawa kedua-dua parti duduk bersama.

Menurut bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, penyatuan tersebut membolehkan orang Melayu tidak dapat dikalahkan lagi biarpun ada cabaran mendatang.

“Saya amat sukacita dan kalau tidak panjang umur kerana ajal maut kita tidak tahu, saya amat gembira dan hasrat telah tercapai.

“Perpecahan orang Melayu telah pun berakhir dan tidak perlu berpecah, terbelah dan berseteru sangat kerana orang daripada dulu yang kita sambung.

“Bersatulah orang Melayu dan lupakanlah apa yang berlaku serta pandang ke hadapan.

“Ke mana nanti anak cucu bangsa kita dan adakah mereka akan hidup dengan bangga atau dalam negara yang kucar-kacir,” katanya yang dipetik Malaysia Gazette.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menjelaskan, jika orang Melayu terus berpecah, mereka akan menjadi kumpulan yang kecil.

Advertisements

 Akhirnya kata beliau, orang Melayu akan terpaksa bergantung harap dengan orang lain.

“Sebab itu kita khuatir dengan perpaduan ketika ini, jangan ada anasir yang mengganggu hubungan penyatuan ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, kerajaan yang didirikan atas dasar fitnah tidak akan bertahan lama.

Perkara itu ujarnya terjadi kepada kerajaan sebelum ini yang tumbang dalam masa 22 bulan.

“Mereka jatuh sebenarnya kerana isu siapa yang hendak jadi Perdana Menteri (PM). Tidak habis isu ini apabila seorang hendak jadi PM sampai mati dan yang seorang lagi hendak jadi PM sebelum mati.

“Jangan tuduh kita jatuh mereka dan masa itu belum ada Perikatan Nasional dan PM yang letak jawatan ketika itu.

“Muafakat Nasional hanya hendak selamat keadaan sebab kerajaan sudah tidak ada,” katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan