31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

5 murid sekolah rendah di Kedah positif Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima orang murid sekolah rendah di Kedah disahkan positif Covid-19 yang merupakan kes baharu bagi Kluster Tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu sekali gus , menjadikan jumlah kes Kluster Tawar kepada 70.

Menurutnya, murid itu dikenalpasti melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes-kes positif kluster.

“Hasil siasatan mendapati mereka merupakan kontak rapat kepada kes ke-9,197, seorang murid prasekolah (kes ini telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020).

“Setakat pukul 12 tengah hari ini, seramai 3,547 orang telah disaring berhubung Kluster Tawar,” katanya pada sidang media, hari ini.

Noor Hisham berkata, siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati punca penularan jangkitan Covid-19 terhadap lima murid sekolah rendah berpunca daripada ibu kepada seorang mangsa.

Menurutnya, sekolah terbabit sudah ditutup dan punca penularan masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada ibu kepada salah seorang murid berkenaan.

“Berkemungkinan anak kepada wanita berkenaan berkawan dan menjangkiti murid lain,” katanya.

Noor Hisham berkata, jangkitan terbaharu itu membabitkan generasi ketiga dan bukan generasi pertama atau kedua.

Baca juga:   Pelajar kes pertama Omicron, kontak rapat disahkan negatif

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang menjalankan ujian saringan dan siasatan mereka yang terdedah dengan kanak-kanak berkenan.

“Mereka dikena lpasti melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster ini,” katanya.

Baca juga:   8,166 sekolah negeri Fasa 4 beroperasi sepenuhnya

Sementara itu, Noor Hisham mengesahkan siasatan awal KKM tidak mengesan kanak-kanak sebagai punca penyebaran aktif Covid-19 dalam kluster tertentu.

“Kita dapati ada laporan mengatakan kanak-kanak punca penyebaran Covid-19, bagi kita tidak kesan mereka menjadi punca active spreader dalam kluster tertentu.

“Namun, ada peratusan kanak-kanak terbabit tetapi tidak menjadi super spreader,” katanya.

Tambahnya, kanak-kanak yang didapati positif virus itu akan dilakukan pengasingan dan diberi rawatan secepat mungkin. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan