26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Syarikat terjejas COVID-19 kini boleh mohon BRF PUNB

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

SHAH ALAM – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) membuka permohonan bagi pembiayaan inisiatif khas, Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bermula hari ini.

Memetik laporan Bernama, Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif itu menawarkan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta bagi membantu syarikat bumiputera yang terjejas akibat COVID-19 untuk meneruskan operasi.

“Pembiayaan itu akan ditawarkan sehingga habis disalurkan,” katanya semasa mengumumkan pembukaan permohonan BRF di sini hari ini.

Beliau menjangkakan BRF akan memberi manfaat kepada 200 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara dan penerima akan diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.

Inisiatif itu terbuka kepada PKS dalam sektor peruncitan dan pengedaran perdagangan, pembuatan dan kejuruteraan, automasi sistem, kesihatan, hospitaliti, penggerak perniagaan, logistik, penggudangan serta perkhidmatan dan industri kreatif.

Syarikat yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya 70 peratus milik bumiputera dan mempunyai perolehan jualan RM300,000 setahun.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PUNB, www.punb.com.my.

Kadar keuntungan yang dikenakan hanya 3.5 peratus setahun dengan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun enam bulan.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan