25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PUNB perkenal kaedah permohonan pembiayaan secara ‘online’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MELIHAT kepada perkembangan era digitalisasi, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) turut melakukan pembaharuan dengan memperkenalkan sistem ‘e-mohon’.

Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, sistem e-mohon membolehkan usahawan memohon pembiayaan perniagaan secara dalam talian dan memantau proses permohonan pembiayaan daripada penerimaan permohonan lengkap sehingga status akhir permohonan.

Menurutnya, sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.

“Peralihan kepada pendigitalan operasi adalah satu keperluan, selain menjadi antara kaedah progresif yang boleh digunakan dalam persekitaran hari ini. PUNB sentiasa berusaha bagi memastikan
perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik dan memudahkan usahawan.

“PUNB akan beralih kepada permohonan secara dalam talian sepenuhnya bermula 1 Februari 2022 dan penghantaran permohonan secara bersemuka di Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah PUNB di seluruh negara akan ditamatkan pada 31 Januari 2022,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Nazlan berkata, usahawan yang mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan perniagaan, masih boleh berkunjung ke Ibu Pejabat dan Pejabat PUNB di seluruh negara mengikut waktu operasi yang ditetapkan.

Kemudahan e-mohon sudah boleh diakses bermula 11 Januari di https://emohon.punb.com.my/login dan klik untuk pendaftaran serta proses permohonan.

Sebarang pertanyaan mengenai PUNB, boleh hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di talian 130013 7862 atau e-mel ke [email protected]. Layari portal rasmi PUNB di www.punb.com.my dan ikuti media sosial PUNB untuk sebarang maklumat terkini.- Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan