24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perbaharui konsep selepas 10 tahun tinggalkan universiti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BISNES dalam ketidaktentuan ekonomi dan perubahan teknologi terutama berasaskan kecerdasan buatan (AI) memerlukan sumber tenaga kerja yang  berpendidikan tinggi terutama di peringkat pascasiswazah.

Dekan Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr.  Syed Jamal Abdul Nasir Syed Mohamad berkata, pendidikan sarjana atau kedoktoran tersebut penting kerana ia memperbaharui konsep dan trend dalam dunia perniagaan profesional setelah lapan atau 10 tahun meninggalkan universiti.

“Program-program kami di AAGBS secara rekod berjaya menghasilkan graduan yang mempunyai kualiti ini melalui pembelajaran berpengalaman dan kurikulum akademik yang relevan dengan pasaran.

 “Untuk rekod, AAGBS telah menghasilkan lebih 6,000 graduan sejak ditubuhkan kira-kira dua dekad lalu.  Kami yakin mencapai 1,300 enrolmen pelajar siswazah setahun dapat dicapai menjelang 2025,” katanya pada sidang akhbar sempena hari terbuka AAGBS 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Hadir dalam sidang akhbar itu ialah Prof.  Dr. Tan Peck Leong, Prof. Dr. Siti Halijjah  Shariff dan Prof.  Madya Dr. Sharifah Faigah Syed Alwi.

Tambah Syed Jamal Abdul Nasir, keseluruhan ahli fakulti berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang termasuk pemasaran, ekonomi, sumber manusia, kewangan dan perbankan Islam.

Advertisements

Tambah beliau, AAGBS telah memperoleh pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21) dan dalam proses memperoleh pengiktirafan antarabangsa yang lain yang dikenali sebagai Persatuan Menyokong Sekolah-Sekolah Kolej dan Universiti Perniagaan (AACSB).

“AAGBS adalah tempat yang sempurna untuk mengejar pengajian pascasiswazah anda. Program pascasiswazah AAGBS sangat dihargai oleh komuniti perniagaan tempatan dan luar negara. 

“Pelajar boleh melengkapkan ijazah pasca-sarjana mereka dengan program pertukaran luar negara di universiti rakan kami di seluruh dunia seperti Universiti Yamaguchi, Jepun dan Universiti Woosong, Korea Selatan; memperoleh ijazah berganda daripada Universiti Stuttgart of Applied Sciences, Jerman; atau menjadi penyelia bersama oleh akademik universiti tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, lebih 300 hadir  dalam program hari terbuka “Jom Belajar di AAGBS” yang membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri pengalaman belajar di UiTM manakala  sesi program penerangan dalam talian juga diadakan secara atas talian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan