Wednesday, July 22, 2026

Khairy tekad bantu TMJ, jadikan JDT kelab bolasepak paling unggul di Asia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tekad menyumbangkan pengalaman untuk membantu Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam visi menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT FC)  kelab bolasepak paling unggul di benua Asia.

Khairy berkata, di samping itu, beliau juga akan membantu merealisasikan hasrat Tunku Mahkota Johor dalam memperkasakan belia Bangsa Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.

“Insya’Allah saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT FC dan pemerkasaan belia Johor,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menzahirkan rasa terima kasih beliau kepada Tunku Mahkota Johor atas perkenan melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDT FC.

“Saya amat teruja untuk menyertai kelab JDT FC yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi yang cemerlang pada setiap musim perlawanan.

“Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu DYAM Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT FC kelab bolasepak paling unggul di benua Asia,” katanya.

Hari ini, Bekas Ahli Parlimen Rembau itu secara rasmi dilantik sebagai Penasihat Belia Johor serta salah seorang anggota Lembaga Pengarah JDT FC.

Perkara itu diumumkan oleh Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab JDT FC.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan