26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Muhyiddin gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengggesa kerajaan mempertimbangkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya itu kehendak rakyat.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha untuk memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.

“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan.

“Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,” katanya dalam ucapan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu turut berharap pihak perbankan dapat membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Tegas Muhyiddin, sebuah negara majmuk dan berbilang kaum tidak akan stabil dan makmur sekiranya kaum majoriti berada dalam kelompok miskin dan berpendapatan rendah dengan jurang kaya miskin semakin melebar.

“Hakikatnya, sebahagian besar daripada golongan B40, atau dalam konteks hari ini lebih tepat dikatakan B60, adalah Bumiputera,” katanya.

Baru-baru ini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Bajet 2023 bagi membantu golongan B40 menjana pendapatan tambahan tanpa perky mengeluarkan caruman KWSP mereka.

Beliau berkata, rakyat perlu berhati-hati dalam pengeluaran KWSP kerana kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.

“Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannya, tetapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang, jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan.

“Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua.

“Walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang, tetapi dia mencuci tangan untuk masa akn datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya.

– Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan