28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Henti bermain politik, buat keputusan untuk keperluan rakyat

Rakyat bukan nak lihat anak menteri, anak PM pegang jawatan dalam kerajaan. Mereka nak lihat menteri dan PM buat kerja untuk rakyat,

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan diingatkan agar tidak terus bermain politik dan membuat keputusan cakap tidak serupa bikin.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sepatutnya membuat keputusan yang lebih menjurus kepada memelihara kebajikan dan keperluan rakyat.

Sebagai contoh, kata bekas Perdana Menteri itu, pelaksanaan dasar menteri-menteri boleh melantik anak-anak sebagai pegawai di kementerian yang mereka duduki.

Beliau berkata, walaupun tidak mengambil gaji namun pelantikan seperti itu boleh menimbulkan percanggahan kepentingan dan berbaur nepotisme. 

“Untuk apa dasar ini diperkenalkan? Ianya tiada kaitan langsung dengan keperluan rakyat yang mendesak pada ketika ini.

“Rakyat bukan nak lihat anak Menteri, anak Perdana Menteri, memegang jawatan dalam kerajaan. Mereka nak lihat Menteri dan Perdana Menteri buat kerja untuk rakyat,” katanya dalam ucapan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin turut mengingatkan agar kerajaan berhenti mengambil tindakan-tindakan atau mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud.

Sebagai contoh katanya, melemparkan tuduhan yang bukan-bukan kononnya beliau menyeleweng RM600 bilion semasa menjadi Perdana Menteri Kelapan pada 2020 hingga 2021 lalu.

Advertisements

“Kemudian turun nilainya kepada RM92.5 bilion. Kemudiannya turun lagi kepada RM4 billion hingga RM5 bilion. Yang terakhir RM300 juta.

“Angka yang berubah-ubah ini keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Seolah-olah Perdana Menteri pun tidak pasti apa yang dia tuduh. Kalau tidak pasti, jangan tuduh sebarangan,” katanya.

Muhyiddin juga sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat walau satu sen pun masuk ke koceknya sendiri.

Justeru, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menyalahgunakan kuasa untuk menekan beliau dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga nak ingatkan di dewan yang mulia ini, Tambun pernah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan dirinya sendiri. Maaf, bukan niat saya untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Tambun. Itu sejarah lampau. 

“Sekarang, dengan izin Allah s.w.t jua, Tambun kembali ke tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa. Dialah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia mahu, dan Dialah yang menarik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia mahu.

“Tiada kuasa yang kekal melainkan kekuasaan Allah s.w.t. jua. Kuasa saya sebagai Perdana Menteri tidak kekal. Kuasa Tambun sebagai Perdana Menteri juga tidak akan kekal selama-lamanya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan