25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Saya rimas hal begini – KPN ulas kes liwat terbaharu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyuarakan rasa kurang senang berhubung dakwaan liwat terbaharu membabitkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka.

“Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini.

“Ia membuang banyak masa. Tetapi oleh kerana satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya yang dipetik Malaysiakini, hari ini.

Kes berprofil tinggi ini merupakan yang kedua ketika PDRM di bawah teraju beliau. Kes pertama membabitkan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tuduhan liwat itu dibuat dalam akuan berkanun (SD) bertarikh 29 Jun lalu yang memperincikan hubungan seksual seorang lelaki dengan ahli politik itu di beberapa hotel pada 2013.

Dia turut mendakwa bahawa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.

Terdahulu hari ini, Malaysiakini melaporkan lelaki itu juga dikatakan telah memfailkan satu laporan polis mendakwa berlaku manipulasi tetapi tidak dapat disahkan.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, telah merekodkan kenyataan pesuruhjaya sumpah mengenai hal itu.

“Di mana pesuruhjaya (sumpah) afidavit itu dibuat telah diambil kenyataan,” katanya lagi.

Ketua Polis Negara juga memaklumkan, pihak polis sedang merekod kenyataan daripada lelaki yang membuat SD itu.

Malaysiakini yang menghubungi Pesuruhjaya Sumpah yang bertanggungjawab terhadap SD kemudiannya mengesahkan bahawa, SD berkenaan telah difailkan dan ditandatangani di hadapannya.

Advertisements

“Ya, SD dibuat oleh orang yang menandatangani dokumen itu,” katanya dalam pesanan teks.

Malaysiakini juga menghubungi pengadu. Dia mengesahkan bahawa laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

“Saya sangat tertekan. Kes ini dalam siasatan polis. Biarkan PDRM (polis) menjalankan tugas mereka,” katanya.

Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.

SD itu pertama kali diterbitkan di blog Malaysia Today pada hujung minggu.

Pada bulan Januari tahun ini, Hamid memaklumkan kes video melibatkan Azmin, yang ketika itu timbalan presiden PKR, masih terbuka.

Ini walaupun Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan perkara tersebut dengan alasan resolusi video itu terlalu rendah sehingga identiti mereka yang terlibat tidak dapat dipastikan.

Pada masa itu, kemunculan video itu dikaitkan dengan perebutan kuasa dalam PKR antara Presidennya, Anwar Ibrahim dan Azmin.

Selain tuduhan liwat, polis juga terpaksa menangani tuduhan Anwar melakukan serangan seksual.

Pada 14 Januari tahun ini, Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada tuduhan yang akan dikenakan terhadap Anwar kerana kekurangan bukti.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan