Saturday, June 13, 2026

Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

Perkara itu diumumkan AirAsia dalam makluman syarikat kepada Bursa Malaysia.

Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020 dari Neelofa pada 19 Ogos 2020.

Jelas syarikat itu, Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Dis 2017. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan