30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dr Noor Hisham Tokoh Maal Hijrah 1442H

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H.

Pada masa sama, Syeikhul Azhar Al-Syarif, Sheikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula diumumkan Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Penganugerahan tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa itu melayakkan pemenang menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.

Hadiah kepada tokoh terbabit disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menyampaikan hadiah kepada penerima.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan Facebook merakamkan jutaan terima kasih buat semua di atas sokongan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya petugas barisan hadapan dan belakang tabir warga kesihatan.

“Anugerah ini adalah manifestasi penghargaan kepada semua petugas kementerian dan agensi yang bersama-sama membendung pandemik Covid-19 demi kesejahteraan ummah dan negara.

“Salam Maal Hijrah 1442 buat seluruh umat Islam,” tulisnya.

Sementara itu, Dr Zulkifli yang dipetik Berita Harian berkata, pemilihan kedua-dua tokoh itu dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Tema sambutan kali ini ialah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan