32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Mengaku hisap vape dalam Dewan Rakyat, Hishamuddin minta maaf

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas tindakannya menghisap rokok elektronik (vape) dalam Dewan Rakyat dirakam netizen, Menteri Luar,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan perbuatannya itu.


Permohonan maaf itu dibuatnya menerusi satu ciapan Twitter miliknya sebagai membalas hantaran seorang warganet yang menggunakan nama Mhd Shamin.


“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

“Saya minta maaf kepada Dewan Rakyat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” ciap beliau.

Mhd Shamin sebelum itu berkongsi klip video berdurasi sembilan saat di Twitter yang menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.

Permohonan maaf yang dibuat Ahli Parlimen Sembrong itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang memuji sikap jujur beliau selain ada yang mengecam tindakan itu.

“Ketagihan nikotin ni betul- betul mencabar.Jujur mengaku adalah yang terbaik,” ciap seorang pengguna, Muhammad Azri.


Seorang lagi pengguna Twitter, Hakim Rizal memuji tindakan Hishamuddin meminta maaf atas perbuatannya dan beliau sedia untuk dikenakan tindakan undang-undang.


Sementara itu, seorang pengguna Mohd Zaki Shaari menegaskan, permohonan maaf hanya diterima selepas menteri didenda atau dikompaun atas kesalahan dibuatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan – PM

SUSULAN pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

Lagi Artikel Berkaitan