34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hanya orang kurang akal pertikai ketuanan Melayu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mereka yang mempertikaikan ketuanan Melayu adalah golongan yang kurang akal, kata seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia.

NAZARUDIN ZAINUN

Prof Madya Dr Nazarudin Zainun berkata, ini kerana dalam konteks ketuanan Melayu yang bernegara ia membawa maksud ‘yang empunya negara’ iaitu merujuk kepada Tanah Melayu.

“Jadi ‘tuan’ merujuk kepada empunya atau punya. Ini jelas boleh ditelusuri melalui kenyataan sejarah Tanah Melayu itu sendiri yang terletak di Dunia Melayu, bukan di benua kecil India, China atau Siam.

“Sesiapa yang mempertikaikannya adalah kegiatan orang kurang akal. Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara. Jangan jadi akal labah-labah di gua buruk suka merakut,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerusi twitternya mendakwa ketuanan Melayu adalah sealiran dengan ketuanan Yahudi iaitu Zionisme, ketuanan Aryan (Nazi) dan Ketuanan Kulit Putih (White Supremacist).

Advertisements

Justeru, Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, ketuanan bangsa perlu ditolak kerana kedudukan istimewa sesuatu bangsa bukannya bermaksud ketuanan.

Nazarudin yang juga pakar sejarah Asia Tenggara berkata, dalam bahasa Melayu perkataan ‘tuan’ digunakan dalam banyak maksud dan tujuan.

“Antaranya, tuan untuk panggilan hormat, tuan untuk memanggil majikan, empunya sesuatu (tuan punya seperti tuan rumah, tuan tanah), kangcu dan lain-lain. Lawan perkataan ‘tuan’ adalah ‘hamba’ bermaksud abdi, beti, dapa dan amah.

“Apabila perkataan ‘tuan’ didekotomikan dengan ‘hamba’ maka timbullah konotasi bahawa jika seseorang atau sesebuah bangsa adalah tuan maka yang lain adalah hamba.

“Dengan demikian dari segi semantiknya jika Melayu adalah tuan di Tanah Melayu maka selain Melayu adalah hamba. Inilah biang keroknya (pencetus masalah), bila bingung bertengkar, cerdik begar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan