26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kluster Sivagangga mungkin dari virus ‘super-spreader’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kluster Sivagangga di Kedah mungkin berasal dari jangkitan virus ‘super spreader’ yang merebak dengan cepat berbanding kluster lain di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster ‘super-spreader’ berasal dari Mesir dan Pakistan dan kajian mengenainya sedang dijalankan.

Menurutnya, pemerhatian kementerian mendapati kluster PUI Sivagangga merebak dengan sangat cepat jika dibandingkan dengan sembilan kluster lain yang ada di Sarawak dan sebagainya.

“Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang menghadapi kluster dipanggil ‘Genome 614’ yang merupakan kluster ‘super spreader’. 

“Kami dimaklumkan kluster ini datang dari Mesir dan Pakistan. Besar kemungkinan kluster Sivagangga adalah kluster ‘super-spreader’.

“Kita kena laksana ujian dengan teliti di makmal untuk melihat virus tersebut,” katanya, hari ini.

Advertisements

Setakat hari ini, terdapat penambahan enam kes baharu menjadikan keseluruhan kes dari kluster Sivagangga berjumlah 30 kes.

Sebanyak 2,351 individu telah disaring dengan 1,617 kes adalah negatif manakala 704 masih menunggu keputusan.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan 15 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini dengan jumlah keseluruhan 9,038 kes.

Menurutnya, 10 daripada jangkitan itu adalah kes penularan tempatan dan lima lagi adalah kes import.

“10 kes jangkitan tempatan dilaporkan membabitkan Kedah (6), Negeri Sembilan (2), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1) dan Labuan (1).

“Manakala satu kes import dilaporkan di Kuala Lumpur dan empat lagi kes direkodkan di Sabah,”.

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan