25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Dituduh eksploitasi pakaian tradisi India, Mira Filzah minta maaf

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelakon Mira Filzah hari ini tampil meminta maaf kepada masyarakat India selepas dituduh mengeksploitasi pakaian tradisional kaum itu untuk mengaut keuntungan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezama, 27, dituduh seorang pengguna Twitter mengeksploitasi budaya kaum India dengan memakai set lengkap pakaian tradisional ‘lehenga’ bagi mempromosikan produk kanta mata.

Justeru, enggan memanjangkan isu, Mira tampil memohon maaf sekiranya tindakannya itu tidak disenangi masyarakat India.

“Saya minta maaf sekiranya apa yang saya buat itu salah. Saya membesar dengan filem dan lagu Bollywood, malah saya adalah peminat Bollywood sejak dari kecil, awak boleh namakan sahaja.

“Malah, saya hafal kesemua lirik dan membuat terjemahannya menerusi enjin carian Google hanya untuk memahami lagu secara mendalam,” ciap Mira di Twitter.

Mira berkata, sebagai peminat fanatik Bollywood, dia mempunyai impian untuk memakai set lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishawarya Rai yang dipakai dalam filem.

“Zaman sekolah menengah lagi saya sudah berangan! Tetapi saya tidak tahu bila untuk memakainya dan untuk apa ia harus dipakai.

“Apabila saya ditawarkan untuk sesi fotografi lens Lavue ini, mata Aishawarya Rai terlintas di fikiran saya.

“Saya suka melihat matanya hijau dan biru dalam filem Umroa Jaan. Oleh itu, saya mencadangkan tema Bollywood kepada pemilik jenama tersebut,” ciap Mira lagi.

Mira Filzah berpakaian lehenga

Sebelum itu, seorang pengguna Twitter mempertikaikan perbuatan Mira yang menurutnya sengaja mempergunakan budaya
kaum India untuk mengaut keuntungan.

Advertisements

“Penguasaan budaya, pasti merasa senang untuk memanfaatkan budaya kami,” tulis pengguna tersebut.

Dalam pada itu, Mira yang dipetik mStar Online memberitahu, pertama kali dia memakai set lengkap lehenga dengan aksesori membuatkan dirinya berasa teruja.

Pelakon filem Sangkar ini berkata dia hanya meminati dunia Bollywood dan tidak mempunyai niat untuk mempersendakan
serta mengaut keuntungan daripada budaya kaum India.

“Saya terlalu teruja sebab ini adalah kali pertama saya memakai set lengkap lehenga dengan aksesori! Saya pernah pakai
sekali untuk satu acara tetapi tidak lengkap dengan aksesori penuh.

“Sekali lagi, tidak ada niat sama sekali untuk mendapatkan keuntungan daripada budaya orang India. Saya sangat
menghormati dan mencintai budaya anda,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, individu yang membuat tuduhan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Mira kerana tampil memohon
maaf dan berharap aktres tersebut akan lebih kerap bercerita mengenai budaya kaum India.

“Terima kasih sangat sebab memohon maaf! Saya faham awak tidak berniat jahat dan seronok apabila dapat tahu yang awak
suka dan hormat budaya kami. Saya minta maaf jika tweet saya membuatkan awak dibenci.

“Kami hanya minta pada masa hadapan, mungkin awak boleh cakap lebih mengenai budaya kaum India. jika awak berhasrat
untuk memakai pakaian kami, mungkin boleh dapatkan beberapa model India juga!

“Kerana yang kita mahukan hanyalah pengiktirafan untuk budaya kita dan mungkin awak boleh mendapatkan pakaian
daripada kedai milik orang India.

“Terima kasih sekali lagi atas permohonan maaf dan respon sopan daripada anda, sangat dihargai,” katanya.

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan